1. Rumah
pam digunakan untuk mengepam air dari loji pembersihan air ke tangki tenaik.
2. Tangki
tenaik ini dibina supaya dapat menampung jumlah kegunaan air bagi sesuatu
kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.
3. Disamping
itu juga tangki tenaik ini dapat memberi tekanan air yang kuat bagi kawasan
yang mempunyai tekanan air yang rendah.
4. Setiap
rumah pam biasanya mempunyai lebih dari dua unit pam & motor sebagai tunggu
sedia apabila berlakunya kerosakan pada salah sebuah pam.
5. Rumah
pam yang beroperasi tanpa pengawasan akan berfungsi secara automatik.
6. Kerja-kerja
penyelenggaraan pencegahan kerosakkan & kebersihan ini mestilah dilakukan
setiap sebulan sekali untuk memastikan semua peralatan dijaga serta beroperasi dengan
baik.
7. Peralatan-peralatan
yang biasa ada dirumah pam seperti:
a. Tangki
sedutan
-
Tangki ini digunakan untuk menyimpan air
yang datang dari loji pembersihan air sebelum dipamkan ke tangki tenaik.
-
Kedudukan tangki hampir & separas dengan
rumah pam
b. Gate
valve (sedutan)
-
Juga dikenali sebagai kunci air &
kedudukan sebelum pam
-
Berfungsi untuk menutup air yang datang dari
tangki sedutan supaya kerja penyelanggaraan pam, check valve & tap poin
tiada masalah.
c. Pam
& motor
-
Pam adalah penggerak utama untuk menyedut
air dari tangki sedutan ke tangki simpanan.
-
Motor menukarkan tenaga elektrik ke
mekanikal untuk memusingkan pam.
-
Biasanya dipasang lebih dari satu unit
(sebagai simpanan @ berfungsi secara bergilir).
d. Check
valve
-
Kedudukan selepas pam.
-
Memastikan supaya baki air dalam paip tidak
kembali ke tangki sedutan (air dalam paip hanya mengalir dalam 1 arah)
-
Supaya air dari pam yang satu lagi tidak
masuk ke pam yang satu lagi.
e. Gate
valve (keluaran)
-
Sama seperti gate valve (sedutan) &
kedudukan selepas check valve
f. Water
hammer
-
Sejenis alat yang dapat mengurangkan tekanan
air dari paip yang kuat disamping menjaga check valve & pam dari rosak.
-
Fungsinya untuk memesongkan tekanan air yang
kuat ketempat lain.
g. Tangki
simpanan
-
Digunakan untuk menyimpan air dimana tangki
terakhir yang akan disalurkan kepada pengguna.
-
Kedudukkan tangki lebih tinggi dari premis
pengguna untuk mengelak dari kekurangan tekanan air.
8. Terdapat
5 jenis sistem pam automatik yang biasa digunakan di rumah pam:
a.
Float
less relay
-
Sistem yang biasa digunakan dirumah pam yang
menggunakan kawalan elektrik sepenuhnya.
-
Float less relay ini digunakan untuk
mengesan paras air yang ada dalam tangki sedutan dan simpanan.
-
Pada terminal float less relay mempunyai 3 poin rod iaitu comman (E1), start (E2)
dan stop (E3) iaitu untuk mengesan paras air.
b.
Pressure
switch
-
Digunakan di sesebuah bangunan atau kawasan
yang kurang pengguna.
-
Pam ini akan beroperasi apabila tekanan
dalam paip rendah dan akan berhenti pada tekanan tinggi.
-
Sistem ini menggunakan tangki tekanan yang
disambung pada paip keluaran dan dihujung paip menggunakan injap bebola, pili,
stop cock yang dapat menghentikan air dari keluar.
c. Timer
-
Berfungsi bilamana sesuatu tempoh masa yang
telah disetkan pam akan berjalan.
-
Timer ini hanya untuk menghidupkan motor pam
sahaja dan untuk berhenti peralatan peralatan lain digunakan bersama seperti
flow switch atau pressure switch.
d. Telemetric
-
Sistem elektronik dimana paras air akan
dikesan oleh sensor dan maklumat ini akan dihantar terus ke rumah pam melalui
gelombang elektrik tanpa wayar.
-
Panel penerima dirumah pam akan menunjuk
paras air tangki dimana panel elektronik ini boleh disetkan bergantung kepada
nilai minimum dan maksimum aras tangki.
-
Pam akan berjalan apabila mendapat isyarat
dari panel ini.
e.
Altitude
valve
-
Sistem teknologi mekanikal sepenuhnya untuk
membuka dan menutup injap bila paras air tangki kurang.
-
Sebenarnya peralatan ini kurang digunakan
bersama pam kerana tekanan air dalam paip yang datang dari loji pembersihan
cukup kuat untuk terus ke dalam tangki simpanan (menara).
-
Peralatan ini mempunyai injap untuk tekanan
rendah dan tekanan tinggi dimana injap ini yang mengesan tekanan air dalam
tangki simpanan.