*Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas |
PENGUDARAAN DI AERATOR
a. Menghilangkan rasa dan bau.
b. Mengurangkan kandungan karbon dioksida dan menyerap oksigen.
PEMBAURAN KIMIA
Mencampurkan larutan Aluminium Sulphate (alum) di ruang pra campur.
PROSES FLOKULASI
Selepas Aluminium Sulphate dicampurkan di dalam air, jisim-jisim yang halus menjadi gumpalan yang lebih besar dan berkelompok.
PROSES PENGENAPAN
Seterusnya gumpalan yang berkelompok tadi atau digelar "flok" boleh diasingkan dari air dengan mengenap ke bawah secara graviti.
PROSES PENAPISAN
Selepas pengenapan berlaku dan masih ada bahan-bahan yang masih terampai akan ditapis dengan lapisan pasir dan batu kerikir.
PEMBASMIAN KUMAN
Bertujuan untuk membunuh kuman selepas air ditapis menggunakan gas klorin.
PENYELARASAN PH
Untuk mendapatkan pH yang sesuai untuk diminum iaitu 6.5-8.5 kalsium hydroksida (kapur) digunakan dan dialirkan kedalam air bersih.